Friday, October 21, 2011

Menilai kesihatan diri




Bismillah



Ramai di antara kita yang kurang arif tentang kesihatan. Kebanyakannya berfikir, diri hanya tidak sihat apabila badan berasa seram sejuk, hilang selera makan, kepala berasa berat untuk diangkat atau seluruh anggota badan terasa sengal-sengal.

Oleh kerana itu, mereka akan hanya menemui doktor apabila kesihatan sudah terjejas teruk. Tanda-tanda awal kesihatan terganggu seperti diatas juga tidak dipedulikan. Mereka berharap yang sakit sikit-sikit itu akan hilang dengan sendirinya tanpa menemui doktor dan mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk ubat-ubatan.

Pemeriksaan kesihatan diri perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali juga di endahkan, walaupun ramai tahu manfaatnya. Inilah satu daripada sikap negatif yang seharusnya sudah lama dibuang daripada amalan hidup kita.

Demikian juga dengan soal makanan dan pemakanan. Makanan dan pemakanan yang diwajibkan demi kesihatan dan kehidupan, tidak diambil berat tentang keseimbangannya oleh kebanyakkan anggota masyarakat kini. Kita selalu makan mengikut kebiasaan. Makan apa yang kita suka, bukan makan mengikut keperluan tubuh dan kesihatan.

Makanan yang tidak seimbang, biarpun mengenyangkan tetapi tidak dapat dinafikan akan menjejaskan kesihatan juga. Ini kerana tubuh badan kita menuntut serba macam khasiat, zat dan vitamin untuk kepentingan segala macam tisu dan anggota dalam diri yang berbagai jenis.

Tulang, gigi, kulit, rambut, darah, mata dan sebagainya memerlukan bekalan zat dan khasiat khas untuk keperluannya. Mata tidak boleh berkongsi khasiat dengan gigi, tulang atau kulit.

Sesungguhnya menilai dan menjaga diri supaya sihat bukanlah sukar. Segalanya bergantung pada keprihatinan diri kita sendiri terhadap nasihat pakar kesihatan yang lebih senang melihat orang sihat daripada merawat orang sakit.

p/s : makan pun jarang dah sekarang ni, macamana pula ea?

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger