Sunday, May 1, 2011

Gastric



Bismillah


Sebelum-sebelum ini aku hanya dapat melihat orang di sekeliling aku sakit perut akibat gastrik. Fuhhhh. Menakutkan betul apabila melihat mereka menahan kesakitan sampai ada yang tertunduk-tunduk mencium lantai sambil menekan perut sendiri.

Aku akui, aku tidak pernah mengalami gastrik kerana waktu zaman persekolahan dahulu aku sentiasa makan mengikut waktu yang di tetapkan. Aku bersyukur kerana tidak mengalami gastrik seperti rakan-rakan yang lain.

Tetapi baru-baru ini, aku mengalami gastrik + diarrhea. Biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar yang tidak tinggal sebumbung dengan ibu bapa yang adakalanya tidak makan kerana sibuk belajar. Hmmm.  Pukul 4.30a.m aku pasti akan terjaga dari tidur kerana perut memulas-mulas kesakitan. Nak kata aku tersilap makan, tidak sebabnya aku tidak makan apa pun sebelum itu. Aissshhh. Sangat sakit. Hanya Allah sahaja yang tahu apa aku alami ketika itu.


Dalam dua hari juga aku menahan kesakitan. Ada juga aku beritahu kepada seseorang akan hal itu sehingga dia beri aku makan ubat gastrik iaitu MAALOX (gambar di atas). Ubat itu hanya perlu di kunyah. Rasanya manis dan sedap serta berangin. Cuma aku saja yang tidak biasa mengunyah ubat kerana secara automatik tekak aku akan rasa lain macam. Hahaha. Aku kunyah sedikit sahaja dan terus telan ubat itu. Heeee.

Alhamdulillah, selepas makan ubat itu perut aku sudah baik seperti sedia kala dan tiada lagi diarrhea yang aku alami. Walaupun perut aku sudah baik, aku sentiasa tidak dapat tersenyum seperti biasa ketika itu kerana banyak berfikir. Mungkin lah.

Oleh itu, jagalah perut dan waktu pemakanan harian anda dengan baik kerana itu semua akan menyebabkan tubuh badan kita terhindar daripada sesuatu yang tidak diingini.

p/s : terima kasih Fz atas ubat itu.

5 comments:

  1. jd student makan mmg x menentu.. lagi2 bila cafe buat hal, makanan x bersih.. huu~

    ReplyDelete
  2. ya, itu mmg betul pun..mknan xbersih, mhal pula tu..ish3..

    ReplyDelete
  3. duk asrama kena jga pemakanan..pilih mkanan yg betul2 berkhasiat..hahaa

    ReplyDelete
  4. bdk2 asrama suka diet,betulke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger