Sunday, July 18, 2010

Cepatnya masa berlalu


Bismillah


Sekejap rasanya pulang ke rumah.
Rindu pun tak habis hilang lagi.
Tapi apakan daya aku.
Hidup berjauhan dengan keluarga demi mencapai cita-cita.

Jam 2 petang aku akan bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Esok akan bermula rutin harian hidup aku seperti biasa.

Pagi : Kolej => Study, 
Malam : Hostel => Study = Tidur.
Dan begitulah putaran hidupku di sana.

Tidak mengapalah.
TIGA tahun sahaja.
Tak lama mana pun.
Belajar kemudian ada praktikal di hospital.
Sekejap saja masa berlalu.

Sekarang aku dah kuat semangat.
Tersangat kuat dengan bantuan daripada Allah.
Sokongan daripada ayah ibu abang-abang kakak ,dia serta sahabat-sahabat yang tersayang yang tidak pernah putus.
Terima kasih semua!

Atiqah! mulai esok, jangan biarkan diri ini menangis lagi.
Air mata itu mahal dan sangat berharga.
Menangis apabila perlu sahaja ya!
Banyak-banyakkan bersabar dan berdoa.
Selalu mendekatkan diri dengan Allah!
Itu paling penting!

p/s : Hostel oooo hostel!!

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger